Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara
Untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun
Terbentur melumpur
Dalam hening jiwa
Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah disitu
Pasti akan jumpa kasih yang menyala
Meratap dirimu.
Kerana kau satu satunya cinta
Agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta
Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi.
Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batin kumeronta kau ulang semula
Menyayangi aku.
Kerana kau satu satunya cinta
Angung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta
Aku akan setia selamanya.....
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi.
Yeaa..yea...ooo...ooohhhh...
Beri semula ..
Hatiku rasa...
Romancinta....